Thursday, November 11, 2010

Kerana Kita Leka

Mungkin kerana kita leka                             
Apabila pena terlepas dari genggaman
Ucapan "oooops" mendahului Allah
Bila perut yang lapar telah diisi
"Ha..kenyang!" mengatasi "Alhamdulillah"

Bila diri terpegun dengan keindahan dunia
"Subhanallah" tertutup dengan kata-kata "cantiknya"
Ada masanya kematian datang mengunjung,
"Kesian ya.." terucap jua
kerana kita lupa pada,
"Inna lillahi wa inna ilaihiroji'un"

Namun teman
Walau kita lupa
Sengaja atau suka-suka
Berhati-hati agar..
Bila mana Izrail tiba membawa berita,
Ucapkan "Lailahaillah"
Kau tetap menjadi juara mengatasi segala-galanya..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...