Wednesday, November 14, 2012

COUNTDOWN FOR THE REAL NEW YEAR!!! ALHAMDULILLAH...;-)


Insyaallah cucu2 nenek yang dikasihi semua..Esok kita kita dah masuk tahun baru Islam tau..AWAL MUHARAM..jom same2 dengan nenek baca doa ni..

Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.




Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.




Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.




Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



p/s: Tahun baru ni sama-sama berazam jadi muslim yang lebih produktif  ye cu..Assalamualaikum..^____^

Aman ke gitu..??

"UGUT KELAR LEHER IBU..." , "BERANG ISTERI KERJA.." , "ALASAN ZIARAH IBU TENAT MAHU PER.....A TEMAN WANITA" , "LEBIH RELA KUTIP IKAN BERTABURAN.."

Assalamualaikum cucu2 nenek yang dikasihi sekalian...ermm...entri nenek kali ni lain sikit drpd yg sblm ni..ape yg lain nye nek??ish korang ni..tengok betul2 lah..pendahuluan ayat tu...seme huruf besar kan..berkaler lagi tu..dengan tajuk2 yg agak panas jugaklah kot..haa..klu cucu seme nak tau, inilah sebahagian drpd tajuk2 dlm sebuah akhbar tempatan yg memang sokmo2 tajuk muka depannya mesti bombastik, fantastik gitu..highlight kaler merahlah, kuninglah..smpi nenek pun kadang2 pening tgk..emmm..nak buat cmne tulah cara pihak akhbar utk melariskan akhbar mereka...

Aman ke gitu...??itulah tajuk yg nenek nk kongsikan pada cucu yg dikasihi seme pd hari ni..Nek2, ape kena mengena tajuk nenek ngan seme ni??..adelah kene mengenanya cu..sebab tu nenek post entri ni...FYI ( For Your Information..)..Malaysia diiktiraf sebagai negara ke-51 paling gembira dunia..

Syria
Di antara kanak2 Syria yg terbunuh akibat peperangan



Malaysia yang bebas..
Di antara bayi-bayi malang akibat dibunuh oleh manusia yg b'hati lebih keji dari binatang..

Malaysia diiktiraf sebagai negara ke-51 paling gembira di dunia berdasarkan kaji selidik terbaru oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Klik ini utk info lebih lanjut ye cu..Tambahan pulak cu, klu interview pelancong2 asing pun...


You: Sir, What special about Malaysia?
Tourist: Owh..well, i like Malaysia the most because Malaysia a peaceful, good-hearted people..


Ye cucu..kadang2 nenek t'fikir..adakah sekadar indah khabar daripada rupa..yups..M'sia still selamat daripada peperangan, bencana alam yg teruk2..tapi bagaimana pulak cu dgn kes seperti di atas??dalam akhbar, berita...boleh dikatakan hari2 keluar berita pasal kes buang bayilah..pembunuhan, rompakan, samun, pelacuran n macam2 lagilah..macam ni boleh dikatakan aman cu??akhbar hari ni saje 14/11/2012..pengguna jalan di M'sia tunjuk sikap sebenar x  bantu pemandu, kelindan yg cedera akibat kemalangan..duk sibuk kutip ikan yg b'terabur...(sbb accident tu lori bawak ikan..). Mana pergi rakyat M'sia yg 'kind hearted'??'peaceful'?? Mana perginya rakyat M'sia yg t'kenal dgn adab sopan n santun??Cu..maaf ye..nenek bile sebut pasal ni memang emo..bukan ape cu...sedih tgk sebahagian dr org kita yg b'sikap macam tu..


Nasihat nenek kepada cucu yg dikasihi sekalian..kita negara Malaysia..negara Islam..kita bawak nama Islam cu..jadilah org islam yg sebenar2nya..macam mana caranya..ikutlah cara nabi kita Muhammad S.A.W..akhlak yg ditunjukkan..IKRAM MUSLIMIN..maksudnya..memberi hak saudara kita tanpa menuntut hak..macam mana cara nak dapatkan sifat ni..kasih pada orang tua, muliakan alim ulama' n kasihi kanak2..mudah sangat cu..Insyaallah klu ade sifat ni..x kan b'laku perkara2 macam ni..semoga kita dapat menjadi sebuah negara yg betul2 gembira..doa  untuk saudara2 Islam kita yg lain jugak ye cu..wallahualam..





p/s: perasan x cu..entri lepas nenek suruh cucu seme panggil nenek dengan panggilan nanny..konon2 nye nampak cute ckitlah..emm..x yahlah cu..x sedap pulak..bahasa diri nenek ase lg lebih dekat dengan cucu seme..hehe..^___^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...