Wednesday, May 30, 2012

::TIP MENJAGA PANDANGAN::

      Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai cucu2ku yg sgt nenek kasihi..mtk maaf byk deh lama sgt nenek x post entri baru..alah..korang ni mcm x fhm2 nenek ni..bz sokmo...haa..nenek tau korang seme mesti rindu kt nenek kan??emm..nenek pun rindu kt korang..sbb tu nenek muncul pd pg yg indah lg berkah ini..wah2..mcm chipmorelah nenek ni..kejap ade..kejap x de...hehe..

     Kali ini..nenek nk share ngan korang satu tip utk jaga pandangan..be4 that..tolonglah..nenek mtk jgn salah fhm..jaga pandangan x b'maksud kt kene tunduk mata kte ke bumi..nanti, mcm mana korang nk lintas  jln..bwk kete..alamat dgn izin Allah accidentlah korang..pahtu bila polis buat soal siasat n masuk surat khabar kuar pulak berita..si polan bin si polan meninggal dunia akibat menundukkan pandangan...hahaha..lawak betul..bukan gitu sebenarnya cu..rendah pandangan dalam islam membawa makna memelihara mata kita dari melihat perkara2 yang maksiat..contoh paling mudah..emmm..huh!!cucu2 nenek yang lelaki ni..kalau korang tengah jalan2 kat bandar..terserempak ngan sekumpulan minah seksi..peewitt..haa..cepat2lah korang mengalihkan pandangan d samping b'istighfar astargfirullahaladzim serta doakan kebaikan untuk mereka..jgn lah dok bulat mata tgk dieorang..wayang free katakan..*psst: pesanan tuk wanita2 juga..klu nampak laki2 handsome kt bandar tuh ala2 k-pop, rendahkan pandangan anda juga..^______^..

Ok..back to the main point..tip bagaimana nak jaga pandangan:
  1. Ingatlah bahawa Allah Maha Melihat, walaupun ketika kita bersendirian di hadapan komputer @ ketika sedang membelek majalah sendirian.
  2. Mata akan menjadi saksi pada hari akhirat kelak.
  3. Malaikat sentiasa mencatat amal perbuatan tanpa tercicir walau sebesar atom  amalan pun.
  4. Ingin cinta kepada Allah bertambah dan tdk tersusut nilai? Antara caranya adalah menundukkan pandangan, Allah akan menambah cahaya iman ke dalam hati.
  5. Alah bisa tegal biasa. Mula2 mungkin agak susah tetapi Allah akan membantu hambaNya yg berusaha menjaga pandangannya daripada perkara  yang haram. Berkat mujahadah n sabar meninggalkan kemungkaran, lama kelamaan terasa mudah dan senang menjaga penglihatan.
  6. Masih bujang?? kalau masih bujang n susah menjaga pandangan, maka penyelesaiannya berkahwin kerana ia mampu membantu menundukkan pandangan.
  7. Jika sudah berkahwin pun perlu menjaga pandangan. Mata yang liar memandang sesuatu yg haram akan menyebabkan rasa hambar kepda isteri yg halal kerana syaitan akan menghiasi perkara yg haram supaya kelihatan indah walaupun hakikatnya ia buruk.(*tip nenek: sblm korang kahwin, x pyhlah b'dating..supaya korang x muak tgk pasangan korang bila dah kahwin nanti..ni tak..ms b'cinta mcm belangkas..dah tau serba-serbi perangai pasangan masing2..mcm2 panggilan dah gune..babylah, ayanglah, comeilah, mama, papa pun ade..alamakkk..come on lah cu..klu seme korang dah panggil ms hangat b'cinta..kahwin nanti nk panggil ape??x syok langsung..oops..bkn tujuan nenek utk mengena tp sebagai pesanan..ingat-mengingati antara satu sama lain.peace no war ^___^ v !!)
  8. Menahan diri daripada memandang sesuatu yg menawan tetapi haram merupakan satu pengorbanan. Insyaallah kelak Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Rasulullah s.a.w b'sabda yg b'maksud: "Sesungguhnya, engkau tdk meninggalkan sesuatu kerana Allah kecuali Allah akan menggantikan dgn yg lbh baik daripadanya bagi engkau."(Riwayat Ahmad)(*Yakin dgn janji Allah cu..:-))
  9. Jauhi tempat maksiat, kawan yang menyeru ke arah kemungkaran n situasi yg mendorong kpd kejahatan.(*pesanan utk mereka yg baru diberi sinar tarbiyah n hidayah dr Allah,,kalau sblm ni korang jahil..b'kawan dgn  rakan2 yg x tentu arah..pls jgn tinggalkan dieorang, bawa mereka sekali ke arah kebaikan, kalau x kuat n x mampu utk b'dakwah..b'doalah pd Allah supaya nmereka dibuka pintu hidayah seperti mana Allah berikan hidayah pada kamu..)
  10. Basahkan lidah dan hati dgn zikir kerana itu benteng dari godaan syaitan.(*Subhanaallah alhamdulillah wala ila haillah allahuakbar 100x, allahumma solli a'la saidina muhammad 100x astargfirullahaladzim 100x, lps solat subuh n asar disamping baca A-quran n zikir2 lain..)

p/s:  utk point no 6..fikir2 masak2 dl..jgn buat keputusan t'buru2..siapkan diri anda dgn ilmu dunia n akhirat..semoga Allah Taala merahmati kalian semua..wallahualam..salam sayang dr nenek buat cucu sekalian..;-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...